Friday, December 4, 2015

Kuasa autonomi guru dan kualiti pendidikan

Asas pendidikan adalah pelajar itu adalah bentuk pengeluaran kilang iaitu  raw material (bahan mentah), guru adalah operator kilang, isi kandungan pembelajaran adalah jadual kerja dan akhirnya produk akhir dihasilkan. Malangnya, pendidikan di Malaysia adalah mass production of human resource atau dalam kata lain, penghasilan sumber insan secara besar-besaran atau istilah yang lebih menyedihkan adalah sama dengan penghasilan robot.  Ianya adalah kerana sistem kita didasarkan kepada beberapa orang sahaja untuk menentukan kepelbagaian bentuk sekolah yang rencam dan kaum yang berlainan serta geografi yang berlainan mengikut komuniti masyarakat masing-masing. Jadi produk atau pelajar yang dihasilkan adalah sama sahaja malah kualiti penghasilan pelajar itu boleh dipersoalkan. Ini adalah kerana markah untuk lulus untuk contohnya subjek Bahasa Inggeris secara selarasnya mengikut peredaran zaman sekarang adalah 24 sahaja malah matematik markah lulusnya adalah 6. Jadi kualiti pendidikan itu amat rendah, sedangkan objektif antarabangsa yang hendak dicapai adalah ranking PISA, ianya tidak selari. Itu baru dari satu sudut, objektif falsafah pendidikan kebangsaan pula berlainan, iaitu menghasilkan pelajar yang holistik daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Malangnya, pelaksanaannya tiada pengukuran tepat sebenar untuk mencapai matlamat tersebut selepas PBS dimansuhkan malah PBS itu sendiri tidak tepat menilai pelajar atau kualiti pendidikan. Jadi pendidikan Malaysia nak kejar apa? Adakah penting Anugerah ranking PISA tersebut? Adakah penting penghasilan keputusan PT3, kemana pergi produk PT3? Adakah kurikulum KSSR dan KSMR dilaksanakan mengikut  kehendak falsafah yang sangat holistik sangat itu? Memang objektif falsafah itu terlalu general atau umum sangat. Masalahnya objektif pembelajaran harian tidak dimasukkan atau diaplikasi. Pengalaman pembelajaran manakah yang dapat memenuhi kehendak KSSR dan KSMR tersebut? Holistik nya sudut pembelajaran contohnya pelajar mempelajari sesuatu kurikulum tersebut merentasi sesuatu subjek. Contoh subjek sejarah dikaitkan dengan subjek geografi. Contoh J.W.W Birch dibunuh di mana? Sungai Perak. Bukan budaya penghafalan sahaja. Ianya bersifat fleksibel. Perubahan tingkah laku yang macamana nak bentuk di sekolah supaya pelajar suka? Pelajar boleh dibawa lawatan ke sungai perak, maknanya kemahiran hands on itu diamalkan supaya pengalaman sebenar. Kalau jauh atau kos gst, cari sejarah di negeri johor dan buat field trip. Ianya memberi realiti kepada pelajar atau bukan sahaja sekadar membaca novel atau cerita. Sama juga dengan subjek lain iaitu mengeluarkan pelajar daripada kongkongan dunia pembelajaran atau penghafalan. Memang kita sebagai guru tidak boleh ubah dasar kerajaan, seperti KBSM, KBSR, KSSR atau KSMR. Blueprint PPPM terlampau banyak hendak dicapai. Malangnya peruntukkan diturunkan dan banyak ketirisan berlaku dalam pentadbiran malah ketirisan tersebut bukan bersifat akademik pun. Model falsafah atau lebih jelas lagi model pembelajaran juga jangan terlalu kabur sangat atau tiada nilai pengukuran atau penilaian yang sesuai untuk pelajar  kita mengikut komuniti atau geografi atau malah mengikut tulisan pelajar itu dan malah mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Kita hendak melahirkan insan, bukan robot. Malah pembelajaran berasaskan hasil asalnya daripada dunia perubatan yang hanya berfokus contohnya organ jantung. Jadi kita mesti mengelakkan perkataan objektif atau tujuan yang spesifik dalam menyampaikan pendidikan yang tepat dan mengukur sesuatu pencapaian pelajar. Penilaian yang  jitu bermakna sejauhmana kita yakin atau mengukur objektif tersebut, maka penjatuhan hukuman atau pemberian markah untuk pelajar yang berlainan otak, kognitif, psikomotor, rohani dan intelek adalah amat sangat tidak adil. Pemindahan pemikiran atau pergerakan mental boleh diukur melalui amalan iaitu audio, visual dan kinestetik. Ada pelajar berbentuk holistik (mengambil pembelajaran secara big picture kemudian mengambil kesimpulan umum). Ada pelajar berbentuk detail/serialist.Ada satu jenis pelajar bukan sahaja surface learner, strategic learner dan deep learner. Kebanyakan pelajar kita adalah surface learner, ada pelajar  yang nak capai gred D pun dah cukup. Ada pelajar deep learner iaitu pelajar acentric yang mahu tahu sesuatu yang mendalam atau deep ilmu pengetahuan itu (pelajar yang ideal). strategic learner pula mengetahui kelemahan guru, tahu bagaimana score gred dan aspek kandungan pembelajaran. Ini baru pengasingan belajar yang betul mengikut samaada bentuk produk, kemahiran atau kejelasan apa yang guru dan pelajar inginkan.
           Pemikiran kreatif menjadi sesuautu model pendidikan baru tetapi adakah itu menjadi ukuran behaviorisme? Domain tingkah laku memang banyak diideakan dan jelas dalam kebanyakan dasar pendidikan kebangsaan dan ia mengekang pelajar dan guru. Domain afektif dan domain psikomotor pun ada. Tetapi pembinaan domain akhlak, domain psikologi atau domain lain-lain. Kurikulum kita terlalu kaku dan terikat dengan peperiksaan atau pentaksiran. Kita terlalu mementingkan nombor, jadi selagi tiada nombor, kita tidak boleh buat apa-apa atau dasar baru atau objektif baru yang dapat mengubah nilai modal insan tersebut.
Dalam model pembelajaran produk, hasil pembelajaran tertakluk kepada kuasa guru. Dengan kata lain, penekanan fokus adalah kepada guru sebenarnya. Guru yang memberi markah, guru yang menulis kehadiran dan guru menghukum displin pelajar. Tekal indikatornya bahawa model yang berjaya adalah mewujudkan perhubungan pelajar dengan guru.

Pemberian kuasa kepada autonomi guru di sekolah menyebabkan sistem pendidikan berubah daripada centralise kepada decentralise kerana sistem pendidikan selama ini kurang berkualiti dan tidak nampak kemajuan daripada segi pembangunan insaniah kerana kurikulum yang ada sekarang tidak disukai, membebani malah menyukarkan guru berhubung dengan pelajar secara lebih rapat.

Justeru, pengharaman vape oleh Sultan Johor di seluruh negeri Johor memberikan kuasa rakyat itu timbul semula kerana kapasiti pemimpin yang amat rapat dengan rakyat kerana baginda memahami isi hati rakyat kerana isu difahami, geografi berdekatan malah komuniti yang memang sesuai dan kekuatan baginda bertindakbalas dengan isu persekitaran. Maka sebagai golongan pendidikan, blog ini ditulis kerana terpanggil melihat perubahan dasar yang tidak sesuai atau diubah mengikut kesesuaian individu untuk kepentingan seluruh negara itu adalah amat kuno sekali berbanding dengan negara maju. Kepentingan individu adalah dapat melahirkan kreativiti dan inovasi yang nyata lebih bagus berbanding kepentingan negara dimomokkan kepada setiap individu tersebut.







No comments:

Post a Comment